Sunday 26 May 2013

Pancake Ubi Kentang

Pancake kentang kentang ni mat buat guna 1 biji kentang saiz sederhana dan guna non-stick pan saiz 4 inci untuk menghasilkan 6 keping pancake yang gebu dan tembam. Sedap dimakan begitu saja atau bersama madu dan buah2an segar. Kalau nak makan dengan sos coklat pun ok. Rasanya sedap, tak manis, just nice and balance with fresh fruit and honey.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kentang saiz sederhana kupas dan potong kecil
3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
3/4 cawan susu segar 1 biji telur pukul sedikit
1 camca besar baking powder
1/4 cawan gula halus
30 gram mentega, cair dan sejukkan
Secubit garam Madu secukupnya
*Buah2an segar secukupnya* (*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
1) Kentang direbus hingga lembut, lecek halus dan masukkan ke dalam bekas. Satukan tepung, gula, telur dan garam, kacau rata dengan whisk dan masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga adunan licin dan tidak berbintil2. 
2) Masukkan mentega cair, kacau rata dan rehatkan 10 minit.
3) Panaskan non-stick pan saiz 4 inci dengan sedikit minyak, mat cuma lenser pan tadi dengan paper towel bersih yang dicelup dalam sedikit minyak masak.
4) Tuang adunan no 1 kurang lebih 1/3 cawan, dan masak dengan api kecil hingga permukaannya berbuih dan kelihatan sedikit kering. Mat tutup sekejap dengan tudung periuk kecil.
5) Berhati2 terbalikkan dan masak hingga kuning keemasa. Angkat dan buat kaedah sama pada baki adunan tadi hingga habis. Hidangkan bersama buah2an segar dan madu. Selamat mencuba untuk semua!!!

Tuesday 6 October 2009

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LADANG TERNAKAN KAMI DI REMBAU N9.



TEMPAT ARNAB EXERCISE... MINI GIM



KANDANG TERNAKAN.







ANTARA KOLEKSI YG DIMILIKI.

















ARNAB XTRA LARGE. (3 MONTH OLD)



Tuesday 8 September 2009

Nasihat Untuk Beginers



Di Malaysia, pemeliharaan arnab secara komersil mula mendapat perhatian sejak tahun 1980. Sebelum itu, arnab hanya dipelihara secara kecil-kecilan sebagai haiwan kesayangan dan kebanyakannyadari baka tempatan. Walau bagaimanapun, baka ini telah digantikan dangan baka arnab yang mempunyai daya tahan dan daya pengeluaran yang lebih tinggi seperti NEW ZEALAND WHITE, CALIFORNIAN DAN CAROLINA. Arnab merupakan sejenis mamalia dalam kumpulan order lagomorpha dari alam haiwan filum kordata. Haiwan ini pada asal hidup pada persekitaran bebas di zon iklim sederhana. Haiwan ini membiak dengan cara melahir, menyusu dan menjaga anak sepanjang tempoh pembesaran sehingga cerai susu.Tidak kurang dari 72 spesis yang telah dikenalpasti di seluruh dunia yang sebahagian besarnya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia. Secara amnya, arnab yang berada di persekitaran tropika termasuk Malaysia adalah arnab penghijrah yang dibawa oleh kaum pendatang seperti pedagang, penjajah dan juga migran. Di kawasan beriklim sederhana, arnab dianggap musuh kepada peladang. Ini kerana, arnab adalah spesis herbivor iaitu memakan hampir semua tumbuhan hijau. Dalam habitat semulajadi, ia mampu menghabiskan 1 kilogram tumbuhan hijau sehari. Populasinya pula amat cepat berkembang. Tempoh matang arnab ialah 4 hingga 5 bulan bagi betina dan 5 hingga 6 bulan bagi pejantan. Seekor induk betina boleh melahirkan purata 5 ekor anak dalam satu-satu masa dan dalam tempoh 48 jam akan mengawan semula. Tempoh bunting arnab ialah antara 30 - 35 hari. Jangka hayat maksimum arnab ialah 12 tahun. Untuk penternakan komersial, Umur maksimum 2 tahun adalah tempoh yang sesuai dan produktif.

Struktur Rangka Arnab

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua pengunjung bloggers khususnya penternak arnab diseluruh negara Malaysia terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.