Tuesday 6 October 2009

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LADANG TERNAKAN KAMI DI REMBAU N9.



TEMPAT ARNAB EXERCISE... MINI GIM



KANDANG TERNAKAN.







ANTARA KOLEKSI YG DIMILIKI.

















ARNAB XTRA LARGE. (3 MONTH OLD)



Tuesday 8 September 2009

Nasihat Untuk Beginers



Di Malaysia, pemeliharaan arnab secara komersil mula mendapat perhatian sejak tahun 1980. Sebelum itu, arnab hanya dipelihara secara kecil-kecilan sebagai haiwan kesayangan dan kebanyakannyadari baka tempatan. Walau bagaimanapun, baka ini telah digantikan dangan baka arnab yang mempunyai daya tahan dan daya pengeluaran yang lebih tinggi seperti NEW ZEALAND WHITE, CALIFORNIAN DAN CAROLINA. Arnab merupakan sejenis mamalia dalam kumpulan order lagomorpha dari alam haiwan filum kordata. Haiwan ini pada asal hidup pada persekitaran bebas di zon iklim sederhana. Haiwan ini membiak dengan cara melahir, menyusu dan menjaga anak sepanjang tempoh pembesaran sehingga cerai susu.Tidak kurang dari 72 spesis yang telah dikenalpasti di seluruh dunia yang sebahagian besarnya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia. Secara amnya, arnab yang berada di persekitaran tropika termasuk Malaysia adalah arnab penghijrah yang dibawa oleh kaum pendatang seperti pedagang, penjajah dan juga migran. Di kawasan beriklim sederhana, arnab dianggap musuh kepada peladang. Ini kerana, arnab adalah spesis herbivor iaitu memakan hampir semua tumbuhan hijau. Dalam habitat semulajadi, ia mampu menghabiskan 1 kilogram tumbuhan hijau sehari. Populasinya pula amat cepat berkembang. Tempoh matang arnab ialah 4 hingga 5 bulan bagi betina dan 5 hingga 6 bulan bagi pejantan. Seekor induk betina boleh melahirkan purata 5 ekor anak dalam satu-satu masa dan dalam tempoh 48 jam akan mengawan semula. Tempoh bunting arnab ialah antara 30 - 35 hari. Jangka hayat maksimum arnab ialah 12 tahun. Untuk penternakan komersial, Umur maksimum 2 tahun adalah tempoh yang sesuai dan produktif.

Struktur Rangka Arnab

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua pengunjung bloggers khususnya penternak arnab diseluruh negara Malaysia terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.